SOP PKP | Polis teliti semula nilai kompaun peniaga burger

2022-03-24 0

Polis meneliti semula kompaun bernilai RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, polis juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.